Bagi seorang pelajar
atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk menuntut ilmu agar ilmu yang
dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia maupun di akhirat. Di antara
adab-adab yang perlu dimiliki oleh seorang penuntut ialah seperti berikut:
1. Niat yang ikhlas
kepada Allah swt . Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan satu kefardhuan
daripada Allah. Mencari ilmu bukan bertujuan untuk mendapat habuan dunia
semata-mata atau untuk berdebat dengan orang jahil. Barang siapa
yang mencari ilmu dengan tujuan selain daripada kerana Allah swt maka telah
siap untuknya neraka Allah swt.
2. Tekun dan bertawakkal
hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sangat suka kepada orang
yang melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya. kita
hendaklah bertawakkal hanya kepada Allah swt saja dalam segenap hal,
lebih-lebih lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini kerana kita sebagai
hamba hanya mampu berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.
3. Menjauhi segala
maksiat. Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca seseorang pelajar itu
susah untuk menerima, memahami dan mengamalkan sesuatu ilmu. Seorang
pelajar perlulah berusaha semampu yang boleh untuk mengelakkan dirinya
daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukan maksiat secara tidak sedar
maka segeralah bertaubat kepada Allah swt. Orang yang sempurna bukan orang yang
tidak pernah melakukan maksiat tetapi orang yang sempurna ialah
orang yang apabila ia melakukan maksiat ia terus bertaubat kepada Allah
swt dengan segera.
4. Memilih kawan yang
soleh. Kawan memainkan peranan penting bagi orang yang hendak menuntut ilmu.
Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak kawan, sekiranya kita memilih kawan
yang soleh mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang soleh juga.
5. Banyakkan zikir atau
mengingati Allah swt. Kita tidak akan melakukan sesuatu maksiat di saat kita
mengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi ketenangan kepada jiwa kita.
Apabila jiwa kita tenang maka segala masalah akan dapat diselesaikan dengan
baik.
6. Menghormati diri
sendiri dan orang lain. Ramai orang yang boleh menghormati orang lain tetapi
tidak ramai orang yang mampu menghormati diri sendiri seperti tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh merusakkan badan,roh dan akal.
7. Doa daripada ibubapa.
Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang pelajar. Doa
yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada tiga golongan iaitu doa orang yang
dizalimi,doa ibubapa dan doa orang musafir.
8. Menghormati guru.
Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk mendapat keberkatan dalam
hidupnya. Gurulah yang berkorban untuk menjadikan kita seorang yang berilmu
pengetahuan sehingga dapat memasuki menara gading dan mendapatkan pekerjaan
yang baik.
9. Beramal dengan ilmu
yang dipelajari. Allah amat murka kepada mereka yang mempunyai ilmu tetapi
tidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk menuntut ilmu agar ilmu yang dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia maupun di akhirat. Di antara adab-adab yang perlu dimiliki oleh seorang penuntut ialah seperti berikut:
0 comments:
Post a Comment